Sejarah Kampung Rimba Terjun.

Sejarah kg. Rimba Terjun


Sumber : Amirul Abdul Rahim
 ke 
Sejarah Kampung Rimba Terjun Pontian Johor
Nama asalnya ialah Kampung Seri Pinang, keadaan kawasan kampung ini ketika itu berhutan rimba, disebabkan faktor ekologi dan kesan pasang surut serta pukulan ombak Air Laut Selat Melaka pada masa itu maka terjadilah banyak tanah-tanah daratan di kawasan ini yang terhakis, runtuh dan terjun ke Laut, dari sinilah diambil nama Rimba Terjun.
Penghulu-Penghulu Kampung Rimba Terjun:
Md. Taha bin Dalik menjadi Penghulu Seri Pinang pada tahun 1861 beliau telah meninggal dunia pada tahun 1903, tempat beliau digantikan oleh adiknya Penghulu Sam bin Dalik sehingga tahun 1909. Kemudian bertukar kepada Abu Bakar bin Md. Taha. Abu Bakar menjadi Penghulu untuk waktu yang singkat, kemudian beliau digantikan oleh Yusof bin Sam (moyang) Penghulu HJ.YUSOF BIN SAM meletakkan jawatan dan digantikan kepada Md. Lasim bin Deli. Tidak lama jadi Penghulu kerana kurang berminat, digantikan kepada seorang bekas guru, cucu kepada Ketak bernama Penghulu Ibrahim bin Munaf.
Apabila Ibrahim meninggal dunia jawatan Penghulu ini pula diambil alih kepada Penghulu Haji Noor Bin Haji Sulaiman, cucu kepada Penghulu Sam. Di atas cadangan dan sokongan Penghulu Sabtu bin Betik @ Hj. Zainalabidin yang mempunyai hubungan rapat dengan Baginda DYMM Sultan Johor (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar). Maka Kampung Rimba Terjun, Kg. Rambah, Kg. Telok Kerang, Parit Sulaiman, Parit Rambai, Kg. Batu 36 Sungai Bunyi, Kg. Sri Bunian Batu 33, digabungkan menjadi satu MUKIM RIMBA TERJUN.

No comments:

Post a Comment

Sumber dari : https://www.facebook.com/idham.alhinduan?pnref=story KYAI HAJI AHMAD SHAH(1901-1971) ULAMA PONTIAN JOHOR "PENGEMBAN...