Sunday, 10 January 2016

Profil Masjid Haji Ahmad Shah (MHAS)

Masjid Haji Ahmad Shah ini terletak di kilometer 3 Jalan Kukup, Kampung Rimba Terjun Pontian, Johor.

Masjid ini dibina di atas Lot 3409 dan Lot 883 dengan kos pembinaan sebanyak 1.743 Juta.
Kerajaan Pusat menyumbang 1 Juta,
Jabatan Agama Johor 0.5 Juta dan
derma orang ramai (kariah) RM 143,000.

Masjid ini mula dibina pada 24 Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 21 Mac 2004.
Kontraktor Utama ialah Pembinaan Alimat Sdn.Bhd.

Masjid ini mula digunakan pada 21 Mac 2004.
Sembahyang Jumaat pertama ialah pada 23 Mac 2004.
Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 1000 orang dalam satu masa.
Masjid ini telah memenangi Naib Johan Pertandingan Masjid Cemerlang 2005.

Tapak masjid sekarang adalah di atas tanah yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Hj. Sulaiman Bin Sam  Bin Dalik.

Majlis perasmian MHAS telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor pada 29 Mei 2009.
Masjid Haji Ahmad Shah (MHAS) sebelum ini dikenali sebagai Masjid Kampung Rimba Terjun.
Duduk 4 dari kiri ialah Tan Sri Sulaiman Mahbob Pengerusi Telekom Malaysia TM. Beliau merupakan anak jati kampung Rimba Terjun dan juga merupakan orang kuat di belakang tabir kejayaan pembinaan masjid ini.


Imam

Sumber: 
Tn. Hj Zainal Abidin Bin Hj. Ibrahim (Imam 1)











[22:38, 15/10/2021] Ts Manaf: SEJARAH PERKEMBANGAN MASJID HAJI AHMAD SHAH (MHAS), RIMBA TERJUN PONTIAN.

Sumber: Imam 1 Tuan Haji Zainal Abidin Bin Ibrahim

Kedudukan masjid ini terletak di Lot 3409 dan 883 di kilometer 3 Jalan Kukup-Bandar Pontian. Muatan Jemaah untuk masjid ini ialah seramai 800 orang untuk di dalam dan 100 orang dikoridor masjid. Dianggarkan kos sebenar pembinaan masjid ini berjumlah 1.743 juta, dengan peruntukan dari kerajaaan pusat sebanyak RM 1 juta, RM 0.5 juta dari Jabatan Agama Johor dan RM 143,000 dari derma dan wakaf akhirat penduduk sekitar. Masjid baru ini mula dibina pada 24 Jun 2003. Ianya siap sepenuhnya pada 21 Mac 2004. Lebih kurang 9 bualan untuk menyiapkannya. Kontraktor utama Agama Johor. Pembinaannya dikawalselia oleh Jabatan Kerja Raya Johor.

pembinaan masjid ini ialah Pembinaan Alimat. Sdn. Bhd. dan rekabentuk dibuat oleh Jabatan

Jarak MHAS dari Bandar Johor Bharu ialah 71 Masjid bertaraf Masjid Kariah. Pegawai Masjid ini sekarang ialah Tuan Haji Zainal Abdin Bin Haji Ibrahim (PW II- KAGAT bersama) selaku Imam 1, manakala Tuan Haji Kamal @ Husin Bin Jamal selaku Imam 2, Bilalnya pula disandang oleh Tuan Haji Halid Bin Mohamed dan Nojanya pula ialah Adam Bin Abdul Rahman. Masjid ini mula digunakan pada 21 Mac 2004 dan solat Jumaat pertamanya ialah pada 23 Mac 2004 dengan imam bertugas pada waktu itu ialah daripada Jabatan Agama Islam Johor.

Terdahulu sebelum itu, sejarah awal masjid ialah ialah ianya didirikan di Parit Jepri (di sebelah timur) sekitar tahun 1907, kemudian dipindahkan bertentangan yang kemudiannya dinamakan Lorong Parit masjid. Ianya berlaku sekitar tahun 1930 dan 1935 di Lot 1363 hasil sumbangan wakaf oleh Allahyarham Haji Sulaiman Bin Sam Bin Dalik. Pada tahun 1940, ianya dipindahkan lagi ke Lot 3409. Tapak masjid yang lama tadi dijadikan tanah perkuburan kariah.

Pada 2003, tapak terkini masjid ini dibina di atas 2 lot tanah iaitu di Lot 3409 dan di Lot 883 (telah diusahakan oleh Yang Berbahagian Dato' haji Mohamad Noor Bin Abdul Rahim - Pengarah Jabatan Agama Islam Johor). Pada sesi tahun 2005/2006, masjid ini telah dianugerahkan Masjid Cemerlang Negeri Johor - Tempat ke-2 setelah berjaya menjadi Johan Peringkat Daerah Pontian. Orang kuat dibelakang tabir dalam usaha pembinaan masjid serba indah dan lengkap ini ialah Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Dr. Haji Sulaiman Bin Mahbob (Chairman jambatan Kedua Sdn. Bhd.) Chairman of Malaysian institute of Economic Research STUT PENYELIDIKAN EKONOMI MALAYSIA L
[22:39, 15/10/2021] Ts Manaf: 

DYMM Sultan Johor merasmikan Masjid Haji Ahmad Shah pada 7 Ogos 2009. Masjid ini diberi nama Masjid Ahmad Shah Rimba Terjun (dulunya dikenali sebagai Masjid Kampung Rimba Terjun) manakala Masjid Haji Ahmad Shah yang sebelum ini di tukar nama kepada Masjid Jamek Kiyai Haji Abdul Jabar Bin Haji Omar (sempena nama bapa kepada Haji

Ahmad

Shah). Masjid Jamek Kiyai Abdul Jabar Bin Haji Omar ini pada awalnya dikenali sebagai Surau Haji Ahmad Shah, kemudaian dikenali sebagai Masjid Jamik Parit Raja dan ditukar nama kepada Masjid Haji Ahmad Shah. Masjid ini terletak di Jalan Kukup, 4 kilometer dari

Bandar Pontian. Waris Keluarga Haji Ahmad Shah bergambar bersama Haji Ahmad Shah Rimba Terjun.

Mufti Johor dato' Noh Gadut semasa perasmian Masjid

No comments:

Post a Comment

Sumber dari : https://www.facebook.com/idham.alhinduan?pnref=story KYAI HAJI AHMAD SHAH(1901-1971) ULAMA PONTIAN JOHOR "PENGEMBAN...