Profil MHAS

Profil Masjid Haji Ahmad Shah (MHAS)

Masjid Haji Ahmad Shah ini terletak di kilometer 3 Jalan Kukup, Kampung Rimba Terjun Pontian, Johor.

Masjid ini dibina di atas Lot 3409 dan Lot 883 dengan kos pembinaan sebanyak 1.743 Juta.
Kerajaan Pusat menyumbang 1 Juta,
Jabatan Agama Johor 0.5 Juta dan
derma orang ramai (kariah) RM 143,000.

Masjid ini mula dibina pada 24 Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 21 Mac 2004.
Kontraktor Utama ialah Pembinaan Alimat Sdn.Bhd.

Masjid ini mula digunakan pada 21 Mac 2004.
Sembahyang Jumaat pertama ialah pada 23 Mac 2004.
Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 1000 orang dalam satu masa.
Masjid ini telah memenangi Naib Johan Pertandingan Masjid Cemerlang 2005.

Tapak masjid sekarang adalah di atas tanah yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Hj. Sulaiman Bin Sam  Bin Dalik.

Majlis perasmian MHAS telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor pada 29 Mei 2009.
Masjid Haji Ahmad Shah (MHAS) sebelum ini dikenali sebagai Masjid Kampung Rimba Terjun.
Duduk 4 dari kiri ialah Tan Sri Sulaiman Mahbob Pengerusi Telekom Malaysia TM. Beliau merupakan anak jati kampung Rimba Terjun dan juga merupakan orang kuat di belakang tabir kejayaan pembinaan masjid ini.


Imam

Sumber: 
Tn. Hj Zainal Abidin Bin Hj. Ibrahim (Imam 1)



Profil

Nama Masjid : Masjid Haji Ahmad Shah
Alamat: Kilimeter 3, jalan Kukup, Kg. Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Keluasan tanah: 10 hektar
No. Lot 3409 dan 883
Status : Tanah Wakaf
Nama Pewakaf : Haji Sulaiman Bin Sam Bin Dalik
Tarikh mula dibina: 24 Jun 2003
Tarikh siap: 21 Mac 2004
Keluasan dewan solat: 10,000 kaki persegi
Tarikh dibenarkan solat jumaat: 23 Mac 2004
Kos pembinaan: RM  1.743 juta
Peruntuka Kerajaan Persekutuan RM 1juta
Peruntukan Kerajaan Negeri RM 0.5 juta
Sumbangan orang ramai dan kariah RM143,000.00
Kontraktor Pembinaan : Pembinaan Alimat
Tarikh rasmi : 29 Mei 2009 Masihi (Jumaat) bersamaan 4 Jamadilakhir 1430 Hijri
Perasmi: DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Johor)
Jumlah kariah: 900 orang
Kapisiti jamaah: 900 orang
Keistimewaan:
Anugerah: Masjid Cemerlang Negeri Johor 2006 (tempat ke 2)

Sejarah:
Masjid asal di bina di Parit Jepri (1907)
Dipindahkan ke Lorong Parit masjid (1930)
Dipindahkan ke tapak sekarang (1940)

Orang penting disebalik tabir pembinaan masjid ini ialah Tan Sri Sulaiman Bin Mahbob.

No comments:

Post a Comment

Sumber dari : https://www.facebook.com/idham.alhinduan?pnref=story KYAI HAJI AHMAD SHAH(1901-1971) ULAMA PONTIAN JOHOR "PENGEMBAN...