Saturday, 24 December 2016

Sumber dari :
https://www.facebook.com/idham.alhinduan?pnref=storyIdham Al-hinDwan's Profile Photo, Image may contain: 1 person, smiling


KYAI HAJI AHMAD SHAH(1901-1971)
ULAMA PONTIAN JOHOR "PENGEMBANG THARIQAT NAQSABANDIYAH"
Image may contain: 1 person, hat and closeup
“BEGITULAH DI MANA ULAMA BERPIJAK AKAN AMANLAH KAWASANNYA DAN SUBURLAH TANAHNYA SERTA MELIMPAHLAH REZEKI DISEKELILINGNYA KERANA ADANYA BARAKAH MENGAMALKAN AJARAN ISLAM YANG MENGIKUT SYARIAT”

Kyai Haji Ahmad Shah terkenal di Johor suatu ketika dahulu kerana kerana pernah menjawat jawatan sebagai Kadi di Batu Pahat, Mersing, Muar dan Kadi Besar Johor Baharu. Namanya ialah Kyai Haji Ahmad Shah bin Haji Abdul Jabbar bin Haji Omar, lahir pada tahun 1901 di Kampung Rimba Terjun, Pontian dan kembali ke rahmatullah pada 5 November 1971. Jenazahnya dikuburkan di belakang Masjid Jamek Kyai Haji Abdul Jabbar, Rimba Terjun, Pontian, Johor berdekatan kubur bapanya.

Bapanya, Haji Abdul Jabbar, telah dilahirkan di Riau, Indonesia, pada tahun 1881. Setelah memperlengkapkan diri dengan ilmu agama terutamanya ilmu Tasawuf di lndonesia. Beliau berhijrah ke Pontian bersama-sama dengan bapanya iaitu Haji Omar bin Haji Othman seorang ahli sufi yang terkenal. Di Pontian Haji Abdul Jabbar telah dilantik sebagai Imam Masjid Rimba Terjun dan sebelum meninggal dunia pada tahun 1963, beliau sempat juga menjawat jawatan Naib Kadi di tempat yang sama. Manakala ibunya, Marwiyah binti Haji Abdul Ghafar, berasal dari Jawa, Indonesia.

Melalui kedua orang tuanya, Haji Ahmad Shah menerima pendidikan asas dalam ilmu agama membaca al-Quran dan ilmu Tasawuf. Beliau dihantar oleh ayahnya ke Deli, Serdang, Sumatera untuk memperdalam ilmu antaranya dengan Syeikh Abdul Karim Tamin. Kyai Haji Ahmad Shah adalah seorang anak yang pintar walaupun kurang belajar kerana sentiasa unggul dikalangan rakan-rakannya. Sebelum pulang ke Pontian setelah Kyai Haji Ahmad Shah sempat merantau ke Pualau Jawa menziarahi pondok pesantren dan para kyai sekaligus menambah ilmu antaranya dengan Kyai Zarkasi Barjan, Purworejo dan Kyai Hasan Maaruf, Kebumen antara tahun 1927-1930.

Kyai Haji Ahmad Shah telah dilantik menjadi Kadi Pontian pada tahun 1936-1940. Tugas beliau sebagai Kadi tidak menghalang beliau untuk memimpin Thariqat Naqsabandiah yang telah dibentuk bersama pengikutnya. Kegiatan sufi dengan cara mengembangkan Thariqat Naqsabandiah terutama kepada masyarakat Jawa di daerah Pontian telah mendapat sambutan yang sangat baik. Selain Pontian beliau telah bertugas sebagai Kadi di Mersing, Muar 1952-1954 dan 1955-1957 Johor Baharu. Kyai Haji Ahmad Shah atau dikenali sebagai Haji Muhammad Shah selain dikenali sebagai seorang Khalifah Sufi, beliau juga mempunyai keistimewaan, kebolehan serta karamahnya tersendiri dan ada yang menganggapnya wali. Ketokohannya, ilmunya, peribadinya, yang sangat dihormati dan disegani serta keturunannya adalah merupakan faktor terpenting ke arah tersebarnya Tariqat Naqshabandiyah bukan saja di Pontian, Batu Pahat, Mersing, Muar dan Johor.

Atas sumbangan dan jasa terhadap penyebaran dakwah di Johor sebuah masjid telah dinamakan dengan Masjid Haji Ahmad Shah terletak di Kampung Rimba Terjun, Pontian dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar al-Haj pada tahun 2009.

Akhir kata mudah-mudahan ada manfaatnya, begitulah di mana para ulama berpijak akan amanlah kawasantnya dan suburlah tanahnya serta melimpahlah rezeki disekelilingnya kerana adanya barakah mengamalkan ajaran islam yang mengikut
syariat.

Sumber, 40 Tokoh Ulama Johor
 — at Majlis Taalim an Nur.

No comments:

Post a Comment

Sumber dari : https://www.facebook.com/idham.alhinduan?pnref=story KYAI HAJI AHMAD SHAH(1901-1971) ULAMA PONTIAN JOHOR "PENGEMBAN...